About Us

About Journal PLAS

Apabila Pusat Asasi Sains Univeristi Malaya (PASUM) ditubuhkan pada kemasukan pertama tahun 1977, ia memperlihatkan keprihatinan kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar bumiputera Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta pelajar pintar/cemerlang di sekolah-sekolah Harian di luar bandar tidak di pinggirkan. Ini susulan dari pewujudan SBP Sekolah Menengah Sains di setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 1972 selepas berlakunya insiden 1969 atas jurang perbezaan ekonomi diantara kaum dengan iltizam Kerajaan memastikan kaum Bumiputera melalui ilmu pendidikan di peringkat lebih tinggi dapat dikuasai dan dimenafaati selari dengan pembangunanan ekonomi negara.

Seterusnya, maka tercetusnya idea kesungguhan atas rasa tanggungjawab Naib Canselor UM ketika itu (Prof. Di Raja Ungku Aziz) untuk merealisasikan Penubuhan Pusat Asasi Sains, bagi memberi tumpuan kemasukan pelajar-pelajar PASUM menyambung pembelajaran ke fakulti-fakulti kejuruteraan, perubatan, pergigian serta fakulti sains di peringkat sarjana muda bermula tahun 1979 dari Batch Pertama PASUM 1977/78/79. Ini adalah kesinambungan bagi membantu dan menampung serta menempatkan pelajar-pelajar bumiputera pasca SPM-1976 atas penubuhan SBP sebelum itu.

Jika anggaran jumlah kemasukan ke PASUM adalah seramai 500 hingga 1000 pelajar setiap tahun, maka pada hari ini jika dihitung sehingga 2025, maka pelajar lepasan Asasi Sains UM (PLAS) adalah seramai lebih kurang 35,000 samada masih menuntut di IPTA atau sudah menjadi seorang guru siswazah, jurutera, doktor perubatan, doktor pergigian, saintis, pensyarah, atau tenaga pengajar berteraskan sains & matematik serta sebahagiannya menjawat jawatan utama di sektor awam dan swasta diseluroh Malaysia.

Pada suatu ketika difahamkan Pusat Asasi Sains UM telah mula dipinggir dan disisihkan bermula tahun 1996 apabila wujudnya pembelajaran matrikulasi pasca SPM dan meletakkan Pusat Asasi Sains UM (PASUM) didalam dilema pewujudan samada perlu wujud atau perlu dimansuhkan. Ini berlaku setelah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) diluluskan ketika itu, maka tumbuhlah seperti cendawan institusi-institusi swasta dan dalam masa yang sama, banyak pihak-pihak tertentu telah membicarakan isu ‘ranking’ universiti serta keperluan-keperluan meritokrasi didalam meletakkan para pelajar di IPTA sehinggalah hampir dilupakan asas utama memelihara pendidikan bumiputera.

Atas semangat tersebut dan usaha Alumni ingin mempertahankan PASUM, maka usaha mewujudkan Persatuan Alumni digerakkan dan direalisasikan pada tahun 2003 atas nama PLAS (Persatuan Pelajar Lama Asasi Sains). Dan hari ini, PLAS atau lebih dikenali sebagai Persatuan Lepasan Asasi Sains adalah Persatuan Alumni di Universiti Malaya yang paling aktif. Yang pasti, PASUM akan tetap dipertahankan oleh PLAS malah akan berusaha untuk memastikan para pelajar PASUM menjadi ‘feeder’ kepada UM dan usaha tersebut telah berjaya dipertahankan kecuali atas kemahuan pelajar sendiri yang ingin meneruskan kursus pengajian yang tiada di Universiti Malaya.

Dengan keberadaan PASUM, UM tetap cemerlang pada setiap masa dan para graduan dari UM tetap menjadi manusia ilmuan yang berdaya maju dan berdaya saing seperti yang dilihat pada hari ini, malahan pada suatu ketika hampir 20 bekas pelajar PASUM menjadi wakil rakyat (ADUN atau PARLIMEN) diseluroh Malaysia pada PRU-11. Hari ini tak kurang 10 bekas pelajar PASUM masih aktif dalam politik dan kekal menjadi Wakil Rakyat. Pihak kami pasti ahli PLAS yang berkecimpungan dalam bidang politik ini adalah bertujuan ingin berbakti kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik setelah menjalani kehidupan akademik yang terbaik ketika menimba ilmu di Universiti Malaya.

Diantara asas objektif dan move forward PLAS adalah seperti berikut:

  • Bagi memantapkan lagi hubungan kekeluargaan dan kerjasama bekas pelajar yakni PLAS bersama dengan kakitangan/ pensyarah Asasi Sains serta pelajar PASUM dan Universiti Malaya keselurohannya.
  • Berkongsi perancangan program PLAS bersama PASUM dan Universiti Malaya
  • Bagi memaklumkan kewujudan dan objektif dua organisasi dibawah Persatuan PLAS iaitu Yayasan 1 Asasi (Y1A) dan Koperasi Asasi Bhd (KAB) khusus untuk kutipan sumbangan dan menjana sumber pendapatan
  • Bagi memantapkan lagi hubungan kekeluargaan dan kerjasama bekas pelajar yakni PLAS bersama dengan kakitangan/pensyarah Asasi Sains serta pelajar PASUM dan Universiti Malaya keselurohannya.
  • Menimbal-balas info-info dan maklumat terkini melalui medsos diantara PASUM & PLAS e.g. WA@ PLAS & PASUM OFFICIAL GROUP.
  • Memperkenalkan Konsep Mentor-Mentee diantara PASUM dan PLAS.
  • Mendapatkan sebahagian ruang untuk anak-anak ahli PLAS memperolehi tempat belajar di PASUM.
  • Berkongsi perancangan program PLAS bersama PASUM dan Universiti Malaya
  • Mengadakan pertemuan Quarterly Evening Talk diantara PASUM & PLAS mengikut keperluan.

Diantara kejayaan terbesar PLAS adalah menyiapkan sebuah Surau Alumni PASUM yang asalnya adalah sebuah bangunan makmal komputer menelan belanja RM1.65 juta hasil sumbangan mantan PM, Dato Seri Ismail Sabri Yaacob, TPM1 Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, TPM2 Dato’ Seri Hj Fadillah Yusof serta sumbangan dari ahli PLAS, staf PASUM dan bekas pelajar Alumni Universiti Malaya.

Sekian terima kasih,

Dato’ Ir. Wan Nazari bin Wan Jusoh

Presiden PLAS