Seluruh warga PASUM Batch 05/06 ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof Madya Sr Dr Zafirah Al Sadat Zyed atas kenaikan pangkat ke jawatan Professor Madya. Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap komitmen, kepakaran dan dedikasi beliau dalam bidang akademik serta penyelidikan. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kredibiliti beliau sebagai tokoh ilmuwan, tetapi turut memberi inspirasi kepada kami sebagai alumni yang pernah melalui perjalanan pendidikan di Universiti Malaya.


