Alumni Café by PLAS di Universiti Malaya membuka ruang pertemuan santai untuk bekas pelajar berkumpul, bertukar pandangan, dan berkongsi pengalaman. Program ini memberi peluang kepada alumni untuk membina semula hubungan lama sambil membincangkan idea serta aspirasi baharu. Ia juga berfungsi sebagai platform membentuk komuniti yang lebih erat, menyemarakkan kerjasama, dan mengukuhkan jaringan sokongan antara alumni serta institusi.

Sekalung Tahniah Prof Madya Sr Dr Zafirah Al Sadat Zyed
PASUM Batch 05/06 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof Madya Sr Dr Zafirah Al Sadat Zyed atas pelantikan beliau ke jawatan Professor Madya.



